Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebaliknya batang tubuh dan kebolehan peribadi pula hanya menjadi pelengkap kepada pemilihan tersebut.

Menurut beliau, para pengundi yang menunaikan tanggungjawab mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) telah membuat keputusan berdasarkan keyakinan terhadap calon demi mempertahankan agama, bangsa dan negara.

“Ketahuilah bahawa pemilihan yang berhomat (YB) sekalian sebagai wakil rakyat merupakan satu amanah.

“Dipilih oleh rakyat atas dasar kepartian. Payung kepartian menjadi penyebab YB sekalian dipilih berdasarkan segala janji dan prestasi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE