Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam 100 hari kerajaan baharu ini diharapkan akan menyaksikan perkara yang memberi kebaikan kepada rakyat.

“Dari Madinah saya mendoakan kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

“Dalam 100 hari kerajaan baharu kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik.

“Jika berlaku sebaliknya kesedaran rakyat harus dibangkitkan.

“Yang baik datang dari Allah. Yang sebaliknya angkara manusia,” kata Ahmad Zahid dalam catatan di twitternya malam ini. - UTUSAN ONLINE