Syed Saddiq Abdul Rahman
Syed Saddiq Abdul Rahman

Ia susulan selepas seorang pemilik akaun Twitter @Hasnaltamjehi memuat naik status meminta Rafizi menyokong tindakan memansuhkan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) semalam.

“Sila sokong mansuh AUKU. Kita perlu ramai mahasiswa yang agresif dan dunia politik baharu dengan penampilan pemimpin baharu berkarisma. Malaysia baharu,” katanya.

Dalam status balas, Rafizi memberitahu akan mengejar Syed Saddiq dan Nik Nazmi untuk memansuhkan AUKU.

“Saya akan kejar pimpinan Pemuda PH @niknazmi dan @SyedSaddiq untuk mansuhkan AUKU,” katanya menerusi akaun Twitter @rafiziramli.

Nik Nazmi Nik Ahmad
Nik Nazmi Nik Ahmad

Sementara itu Syed Saddiq pula menyedari status Twitter Rafizi membalas akan mengambil tindakan segera terhadap pemansuhan AUKU

“Setuju dan akan bertindak secepat mungkin sir,” katanya.

Rafizi juga menerusi akaun Twitternya sebelum ini membidas tindakan Bekas Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam yang memuat naik gambar paparan skrin kononnya perbualan antara beliau dengan Rafizi.

Dalam paparan skrin itu, Lokman menunjukkan Rafizi ‘menyuruh’ Naib Presiden, PKR Nurul Izzah Anwar supaya berhenti ‘mempermainkan’ semua orang.

Turut terdapat dalam paparan skrin itu ialah status Lokman yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram.

“Gunung berapi bakal meletus tidak lama lagi. Alhamdulillah pemimpin PKR sudah sedar Mahathir jual negara pada DAP. Allahuakbar!,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau membalas tindakan Lokman Adam seperti amatur yang mereka-reka paparan skrin berkenaan sambil menyifatkan ia sebagai berita palsu.

“Cubaan amatur @LokmanAdam mereka-reka printscreen konon perbualan Whatsapp boikot mesyuarat PH.

“Whatsapp saya ada gambar saya. Bukan gambar ala pin bowling. Saya tak akan laporkan ini sebagai #antifakenews sebab kita nak mansuh akta itu. Hati-hati dengan rekayasa begini,” katanya.

Malah beliau juga berseloroh tidak akan mengejar Lokman kerana menyifatkan fizikal mereka berdua sebagai gemuk dan tidak mampu untuk lari.

“Saya takkan kejar @LokmanAdam walau dia buat #fakenews. Kami sama-sama gemuk, tak larat lari. Dia pernah lawat saya di London tahun 2000 masa dia masih dalam Keadilan (PKR).

“Cukup sekadar tunjukkan benda itu tidak benar, harap dia jangan ulang,” ujar Rafizi. - UTUSAN ONLINE