Beliau yang turut bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia berharap keputusan pemilihan kali ini akan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO.

“Pemilihan kali ini adalah permulaan untuk perubahan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO.

“Saya berharap keputusan dalam pemilihan ini akan menjadi asas kepada penerimaan rakyat yang pastinya ingin melihat UMNO bangkit semula,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Pemilihan UMNO Bahagian Lembah Pantai menyaksikan tiada pertandingan untuk semua jawatan sayap Pemuda dan Puteri. - UTUSAN ONLINE