Presiden penajanya, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, pemasyhuran itu juga akan menjadi manifesto serta dasar perjuangan Putra dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ujarnya, sehingga kini Putra berjaya menubuhkan 111 bahagian di seluruh negara kecuali Sarawak, manakala 40 permohonan lagi dalam proses kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Kita tidak menghadapi banyak kerumitan kerana ada menawarkan diri menjadi pemimpin di peringkat akar umbi dan kebanyakan yang menyertainya adalah golongan muda dan yang tidak berparti.

“Kita akan dapat angka rasmi apabila kita berjaya mengeluarkan kad ahli, sekarang banyak terima borang keahlian,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Putra di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE