Ketua Pegawai Eksekutif PTHM, S. Chandru berkata, pihaknya komited dalam memastikan tiada kakitangan perbadanan itu yang akan terlibat dalam amalan rasuah ataupun masalah integriti, selaras dengan usaha kerajaan.

“Kita mahu menjaga integriti kesema kakitangan (PTHM) termasuk saya selaras dengan matlamat kerajaan supaya tiada amalan rasuah atau sebarang jenis salah laku dalam pentadbiran jabatan kerajaan.

“Sebelum ini, kita memang tidak pernah terlibat dalam sebarang kes rasuah. Kita melafazkan IBR pada hari ini sebagai langkah awal bagi mencegah masalah integriti mahupun sebarang salah laku pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melafazkan IBR dalam satu majlis sambil disaksikan pihak SPRM negeri di Wisma Negeri, Ayer Keroh di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Melaka, Bahrudin Suib dan Ketua Unit Integriti Jabatan Ketua Menteri Melaka, Azian Azawati Abdullah bersama 20 kakitangan PTHM yang terlibat melafazkan ikrar tersebut. - UTUSAN ONLINE