MD. JAIS SARDAY
MD. JAIS SARDAY

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Md. Jais Sarday berkata, parti itu juga dilihat mampu mendapatkan kembali kawasan yang dikuasai pembangkang.


“Setakat ini saya berpuas hati dengan komitmen dan gerak kerja yang diberikan oleh semua parti komponen BN negeri ini.


“Kalau kita dapat menggemblengkan lagi gerak kerja ini, kita bukan sahaja dapat mengekalkan pencapaian BN di negeri ini tetapi yakin dapat meningkatkannya pada pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika ditemui sempena Konvensyen BN Johor di Hotel M Suites di sini sebentar tadi.


Jais berkata, antara agenda konvensyen itu adalah memberi tumpuan kepada kawasan tertentu termasuk bagi meningkatkan jumlah majoriti pengundi dan mengambil semula kawasan dikuasai pembangkang.


“Tagline kita adalah ‘retain’ (mengekalkan) dan ‘regain’ (mendapatkan kembali). Justeru, kita yakin dapat mengekalkan 21 kerusi Parlimen dan 38 kerusi DUN selain mendapatkan semula kawasan lain.”


Seramai 400 perwakilan hadir pada konvensyen berkenaan yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi BN negeri. - UTUSAN ONLINE