Perang mulut selama lebih 15 minit selepas kesemua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands beredar, berlaku di antara kedua-dua penyokong parti yang hanya dipisahkan oleh Sungai Bertam

Kedua-dua penyokong yang saling berbalas provokasi itu juga turut menunjukkan isyarat lucah selain menari sambil menunjukkan punggung ke arah penyokong parti lawan.

PENYOKONG BN membalas provokasi penyokong PH selepas penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pa

PENYOKONG BN membalas provokasi penyokong PH selepas penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata hari ini. - UTUSAN ONLINE

Selain itu, terdapat beberapa penyokong yang turut ‘mengibarkan’ wang sambil menjerit rasuah kepada penyokong BN.

Begitupun keadaan terkawal kerana penyokong kedua-dua parti tidak dapat bertembung kerana dipisahkan oleh Sungai Bertam. - UTUSAN ONLINE