Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor, Amin Shukor berkata, UMNO juga perlu berani membuat kelainan dalam mendepani cabaran politik yang semakin berbeza dan mencabar.

“Analisis ringkas yang saya buat hampir mendapati peratusan cukup besar bagi pengundi di bawah umur 40 tahun yang akan mengundi di PRK kali ini.

“Sehubungan itu, UMNO dan BN perlu lebih bijak dan berani sebelum ditolak sekali lagi. Sudah hampir beberapa kali PRK di Selangor ini kita seakan meletakkan calon tanpa pengkhususan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail hari ini mahu UMNO menampilkan calon muda muka baharu untuk menghadapi PRK Semenyih sekali gus memberi peluang kepada orang muda menjadi pemimpin, selain seiring dengan usaha menjadikan UMNO sebagai parti masa depan. - UTUSAN ONLINE