Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PRK Pujut: BN perlu guna strategi baharu

PUTRAJAYA 19 Mei – Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan strategi baharu mendekati pengundi Cina di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut di Sarawak jika mahu memenangi pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu pada 4 Julai ini.

NANCY SHUKRI

Setiausaha Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, dengan menggunakan strategi baharu BN berpeluang untuk menyerlah dan merampas kerusi DUN Pujut yang mempunyai kira-kira 68 peratus pengundi Cina.

Beliau berkata, majoriti masyarakat Cina di kawasan itu terlibat dalam sektor ekonomi, oleh itu strategi yang perlu diguna pakai perlu berkait rapat dengan usaha memberi pembaharuan dan penambahbaikan pembangunan ekonomi di kawasan itu.

“Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tahun lalu, calon BN, Datuk Hii King Chiong tewas dengan majoriti kecil iaitu 1,759 undi kepada calon DAP,  Dr. Ting Tiong Choon dan melihat kepada jumlah majoriti itu, peluang untuk BN masih ada.

“Perancangan rapi perlu dilakukan untuk BN menang di DUN Pujut, kami juga akan turun membantu BN untuk menang,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Fit Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Wanita di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat hari ini menetapkan 4 Julai ini sebagai tarikh hari pengundian PRK DUN Pujut manakala hari penamaan calon pada 20 Jun.

Pilihan Raya Kecil DUN Pujut diadakan berikutan pelucutan kelayakan Tiong Choon sebagai wakil rakyat kerana mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia.

Mengulas lanjut, Nancy me­rangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, aspek pemilihan calon yang tepat dan sesuai juga perlu diberikan perhatian oleh BN demi menjamin kemenangan pada PRK tersebut.

Ditanya mengenai hasrat DAP yang ingin mencabar tindakan DUN Sarawak meluluskan usul melucutkan kelayakan Tiong Choon, Nancy berkata, DAP berhak mencabar keputusan itu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain