Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mendakwa Mohamed Nazri mempunyai muslihat untuk menyertai kerajaan.

Ramkarpal mengulas hasrat Ahli Parlimen Padang Rengas itu yang mahu berkempen untuk Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRK Port Dickson nanti.

"Sudah diketahui umum ketika menjadi kerajaan, Mohamed Nazri sentiasa menjadi pengkritik tegar PH dan dia hanya menukar pendirian kini.

"Tidak ada keraguan Mohamed Nazri adalah seorang oportunis. Alang-alang kenapa tidak terima Najib juga sebagai sebahagian daripada kempen? kata Ramkapal dalam satu kenyatan di Facebook hari ini.

Menurut Ramkapal, menerima sokongan Nazri akan menyebabkan pengundi keliru. Ini kerana mereka mengundi untuk kerajaan baharu dan pengundi tidak mahu Nazri menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Ramkapal berkata, Anwar akan mengakibatkan kerugian besar kepada rakyat dan akan menyebabkan penyusutan sokongan jika Nazri diterima sebagai sebahagian daripada kempen PRK Port Dickson.

Mohamed Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, beliau serius untuk berkempen alam PRK Port Dickson nanti.

Ditanya alasannya mahu berkempen untuk Anwar, Nazri berkata ia adalah yang terbaik untuk Umno bagi memastikan parti itu kembali ke dalam kerajaan.-UTUSAN ONLINE