Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi ketika dihubungi memberitahu, satu perbincangan akan dijalankan oleh Pas Pusat bagi menentukan perkara itu.

Buat masa ini, jelas beliau, Pas berpegang kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh pucuk kepemimpinan parti sebelum ini bahawa parti itu tidak akan bertanding.

"Belum ada keputusan. Pas Pusat akan bincang dan maklumkan nanti," jawab beliau ringkas.

Persoalan sama ada Pas akan meletak calon bagi menentang Datuk Seri ANwar Ibrahim dalam PRK Parlimen Port Dickson timbul apabila Barisan Nasional (BN) semalam membuat keputusan memboikot PRK tersebut. - UTUSAN ONLINE