Sebanyak 16 pusat pengundian dengan 128 saluran itu, dibuka bermula 8 pagi ini bagi membolehkan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

Seramai 62,219 pemilih berdaftar layak mengundi bagi PRK DUN Balakong mengikut daftar pemilih sehingga suku pertama 2018 yang dikemaskini sehingga 2 Julai lalu.

PRK DUN Balakong kali ini menyaksikan satu lawan satu antara calon MCA, Tan Chee Teong dan calon Pakatan Harapan (PH), Wong Siew Ki.

PRK DUN Balakong diadakan berikutan kematian penyandang, Eddie Ng Tien Chee dalam kemalangan di KM11.7 Lebuh Raya Grand Saga pada 20 Julai lalu. - UTUSAN ONLINE