Dalam kenyataan hari ini, menteri itu berkata, beliau kini sedang mengadakan lawatan kerja ke Sarawak selama tiga hari yang menyebabkan beliau tidak dapat bertemu dengan kumpulan berkenaan.

Maszlee pada masa sama menyatakan dirinya sedar tentang perhimpunan yang diadakan itu dan menghormati kebebasan bersuara serta pandangan pelbagai pihak berhubung pelantikan beliau sebagai Presiden UIAM.

"Saya memberi jaminan akan bertemu dengan secepat mungkin untuk mendengar sendiri pandangan mereka.

“Saya tetap menghormati hak mereka untuk bersuara. Menghormati hak dan kebebasan bersuara mahasiswa merupakan satu daripada lebih 40 inisiatif 100 hari pertama saya menerajui Kementerian  Pendidikan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Dilaporkan, dua mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan tersebut ditahan oleh pihak polis sebelum dibebaskan dengan jaminan pada awal pagi tadi.-UTUSAN ONLINE