Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr.Ibrahim Ali berkata, hal ini berbeza dengan PKR dan DAP yang mendapat kerusi-kerusi Parlimen yang berkualiti serta berpotensi untuk menang.

Katanya yang juga bekas Ahli Parlimen Pasir Mas,kerusi-kerusi untuk PKR dilihat lebih menepati demografi penduduk yang memiliki sekurang-kurangnya 55 peratus pengundi Melayu.

“Saya bercakap demikian atas kapasiti diri saya yang sudah 35 tahun dalam arena politik. Saya telah menilai kerusi-kerusi yang dipertaruhkan Pakatan Harapan ini.

“Bukan untuk memihak kepada mana-mana parti,kerusi-kerusi heavyweight kini banyak disandang Barisan Nasional. DAP ikut kekuatan biasa iaitu mungkin boleh menang kerusi yang sudah lama dimenangi mereka atau mungkin tidak,” katanya dalam sidang

akhbar di Ibu Pejabat Perkasa di sini hari ini.

Pakatan Harapan diketuai DAP mengumumkan akan bertanding 165 kerusi Parlimen dalam PRU-14 akan datang.

Keputusan gabungan pembangkang itu bersetuju mengagih­kan 52 kerusi Parlimen untuk ditandingi PPBM, PKR (51 kerusi), DAP (35 kerusi) dan PAN 27 kerusi.- UTUSAN ONLINE