Nama semua calon berkenaan diumumkan oleh Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi gabungan pembangkang PKR dalam satu ceramah di Panchor, di sini sebentar tadi.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertanding di kerusi Parlimen Pagoh dan DUN Gambir dalam Parlimen Ledang.

Dr. Mahathir turut mengumumkan Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh akan menjadi calon di Parlimen Sri Gading.

Bagi kerusi DUN Bukit Kepong dan Bukit Pasir di bawah Parlimen Pagoh masing-masing akan ditandingi Dr. Shahrudin Jamal dan Pizi Jihat.

Daripada kesemua calon yang diumumkan, lima daripada mereka merupakan calon wanita, iaitu di Parlimen Pengerang, Kota Tinggi dan DUN Kahang, Panti serta Benut. - UTUSAN ONLINE