Mohd. Shirin berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak berpuas hati dengan pelantikan Faizal Azumu sebagai Pengerusi PPBM Perak.


Menurutnya, beliau dan ahli tidak yakin kemampuan Faizal untuk menerajui PPBM Perak.


“Pelantikan Faizal sebagai Pengerusi PPBM Perak semata-mata kerana dia orang Mukhriz membuka mata kami PPBM tidak sebaik yang kami harapkan.


“Ketiadaan pengalaman beliau untuk menerajui sebuah parti baharu selain hubungannya yang sangat terbatas membuatkan PPBM Perak seperti anak ayam kehilangan ibu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Setakat ini empat Ketua Penaja Bahagian PPBM di Perak meninggalkan parti iaitu Bahagian Gopeng, Parit, Kuala Kangsar dan Batu Gajah. - UTUSAN ONLINE