Dalam laporan bertajuk ‘DAP dedah menteri dengan ijazah palsu, desak letak jawatan’ yang bertarikh 26 Jun 2013 itu, dua ahli Kabinet iaitu Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ewon Ebin didakwa memiliki ijazah palsu.

Berikutan itu, kedua-dua me­reka dilihat perlu melepaskan ja­watan untuk melindungi in­te­griti dan kredibiliti Kabinet Per­dana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa itu.

Laporan atau artikel berke­naan dikongsi Najib dalam akaun Facebook beliau hari ini dengan me­nyer­takan status:

“Itu dulu. Sekarang kalau rak­yat sekadar hendak tanya ten­tang kesahihan ijazah men­teri PH (Pakatan Harapan) sudah dikecam oleh Lim Kit Siang (Penasihat DAP) sebagai serangan politik pa­ling beracun dan ganas dalam sejarah Malaysia,” katanya.

Menerusi hantaran itu, Najib turut mencetuskan persoalan sa­ma ada maklumat berkaitan pencapaian akademik setiap men­teri PH yang dilaporkan oleh Bernama adalah salah atau pegawai menteri sendiri mem­beri maklumat tidak sahih.

“Adakah Menteri Komunikasi dan Multimedia (Gobind Singh Deo) daripada DAP yang juga menteri jaga Bernama akan me­nyiasat siapa sebenarnya punca berita tidak sahih ini,” tanya Najib.