RAJA AHMAD SOUFI
RAJA AHMAD SOUFI

Tambah menggembirakannya pula apabila keputusan menarik balik penggantungan diumumkan oleh  Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Program Mesra Rakyat Bersama Perdana Menteri di Dewan Komuniti Kuala Berang, di sini petang tadi.

Menurut Perdana Menteri, beliau bersetuju berbuat demikian bagi memastikan sokongan terhadap UMNO tetap utuh dan Raja Ahmad Soufi boleh berperanan untuk terus membantu.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman memaklumkan pihaknya telah mengemukakan rayuan baru-baru ini kepada Lembaga Disiplin supaya Raja Ahmad Soupi dikembalikan status ahli UMNO setelah digantung keahliannya selama enam tahun.

"Kita dah buat surat rayuan tersebut dan berharap kepada badan disiplin menerimanya kerana dia dah bekerja kuat untuk BN... jadi berilah peluang kepadanya," katanya lagi.

Raja Ahmad Soufi berdepan tindakan setelah melanggar peraturan 3.1.6 perlembagaan parti apabila menggunakan laman sosial mengkritik dan menolak penyandang kerusi Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Seri Jailani Johari sebagai calon PRU-14.

Raja Ahmad Soufi yang ditemui mengucapkan terima kepada Perdana Menteri kerana membuat keputusan itu walaupun telah melakukan kesilapan.

"Saya akui mungkin cara saya mengkritik agak keras, dengan menggunakan laman sosial tetapi saya tiada pilihan apabila masih tidak ada perubahan.

"Apabila diberi peluang sekali dengan penarikan balik penggantungan keahlian, saya akan berusaha bersungguh-sungguh membantu memenangkan BN," katanya. - UTUSAN ONLINE