Kata Perdana Menteri, beliau baru sahaja mendengar mengenai perkara tersebut.

Mirip menteri
Gambar intim pasangan sejenis yang didakwa mirip seorang menteri Kabinet yang tular dalam media sosial hari ini. 

"Saya tidak tahu tau apa pun, saya baharu dengar, saya kena bacalah dulu.

"Kalau you (awak) boleh bagi briefing (taklimat), baguslah juga," katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) Bil.3/2019 Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau diminta mengulas mengenai penyebaran gambar-gambar dan video berkenaan melalui satu kumpulan WhatsApp yang diberi nama ‘Jemputan Hari Raya’ awal pagi tadi.

Yang turut disebarkan beberapa video menunjukkan individu itu mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki.

Dalam video berkenaan, seorang lelaki kelihatan melakukan oral seks terhadap ‘menteri’ berkenaan. - UTUSAN ONLINE