Aminuddin

Aminuddin berkata, berita palsu yang menjadi modal kempen gabungan pembangkang dipercayai mula disebarkan sejak hari penamaan calon bagi memainkan emosi serta mengelirukan pengundi di DUN Jitra.

Malah, katanya, berita palsu tersebut turut disebarkan melalui aplikasi WhatsApp yang kononnya beliau akan diberikan pekerjaan oleh Mukhriz jika bekas ketuanya itu menang kerusi DUN Jitra.

“Ada yang saya dengar mereka kata saya ini nak tanding saja-saja sebab nak bagi calon PKR, Mukhriz menang.

“Ini mungkin perang saraf yang dicipta pakar strategi pihak sana (gabungan pembangkang PKR) bagi timbulkan rasa was-was pengundi BN terhadap saya,” katanya ketika ditemui selepas menemui para pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Tinggi di sini hari ini.