Pengerusi PKR negeri, Dr. Muhammad Nur Manuty berkata, sebaliknya tumpuan akan diberikan terhadap kerjasama dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Tambah beliau, konvensyen berkenaan juga akan membincangkan mengenai gerak kerja dan strategi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Setakat ini kita belum membahaskan isu ini dalam konvensyen, kita hanya membahaskannya dalam konteks yang tertentu sahaja.

“Konvensyen hanya untuk persiapan pilihan raya dalam konteks Pakatan Harapan, selain me­ngukuhkan persiapan PKR supaya lebih baik berbanding PRU-13 untuk tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang berlaku,” katanya dalam sidang akhbar sempena Konvensyen Keadilan Perak di Pejabat PKR Perak di sini hari ini.

Muhammad Nur turut me­ngakui Pakatan Harapan dike­tuai DAP hanya mempunyai peluang cerah di Perak jika beberapa halangan berjaya diatasi.

Beliau dalam pada itu berkata, PKR Perak akan mempertahankan kerusi-kerusi yang ditandi­nginya dalam PRU-13.

“Kita (PKR) akan pertahankan semua kerusi Parlimen yang kita menang dan semua kerusi yang kita kalah secara tipis,” katanya.