Pengerusinya, Fuziah Salleh berkata, satu mekanisme baharu perlu diwujudkan kerana amalan dalam pelantikan MPKK sekarang tidak memberi kelebihan kepada PKR yang merupakan kerajaan di peringkat Persekutuan tetapi menjadi pembangkang di negeri ini.

"Kita akan membawa satu usul khas kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Majlis Presiden PKR untuk menyatakan bagaimana kita boleh mengendalikan MPKK ini untuk Pahang," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE