Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PKR negeri bergolak isu Norlela?

PULAU PINANG 18 Mei – PKR negeri dilaporkan menghadapi pergolakan apabila ahli-ahli akar umbinya meluahkan kekecewaan terhadap pimpinan yang dilihat gagal membela wakil rakyat mereka sebaliknya lebih cende­rung mengikut telunjuk DAP.

Menurut sumber dalaman parti itu, ahli-ahli PKR negeri ketika ini tidak berpuas hati apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin dihukum oleh kerajaan DAP Pulau Pinang tanpa diberi peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Lebih mengecewakan menurut sumber berkenaan, tiga wakil rakyat yang menjadi harapan ahli-ahli PKR gagal memainkan peranan bagi menyuarakan pendapat.

Sementara itu, bekas pemimpin kanan PKR negeri, Johari Kasim berkata, perkara berkenaan berlaku kerana barisan Exco PKR dalam pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang ketika ini tidak bertaring menyebabkan tidak mampu untuk mempertahankan wakil rakyat mereka sendiri.

Dalam soal itu, beliau menjelaskan, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd. Rashid Hasnon bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim serta Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri, Dr. Afif Bahardin tidak berani membantah keputusan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

“Perkara ini bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng pernah dipecat oleh kerajaan DAP Pulau Pinang daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri kerana tidak menyokong undian terhadap kerajaan negeri dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ketika itu, wakil PKR dalam pentadbiran juga tidak mampu membela mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Johari yang juga bekas Ketua Penerangan PKR negeri mengulas tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menyekat elaun Norlela selepas tidak menghadiri istiadat angkat sumpah pelantikan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas baru-baru ini.

Norlela yang kecewa mendakwa keputusan berkenaan menyebabkan beliau tidak mempunyai peruntukan untuk menjalankan program sempena bulan Ramadan di kawasannya.

Sementara itu, Ketua Keselamatan Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Edy Jab berkata, masalah itu berlaku kerana kelemahan komunikasi membabitkan pimpinan PKR negeri dengan Guan Eng sehingga menyebabkan Norlela membangkitkan isu berkenaan di Facebook sekaligus mencetuskan kekecohan.

“Bagaimanapun saya difahamkan, sekiranya Norlela dan ADUN lain yang telah disekat peruntukan itu mahu menuntut elaun, mereka perlu bertemu Ketua Menteri. Saya harap isu ini dapat di­selesaikan kerana ia membabitkan kepentingan rakyat,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain