Adhif Syan memperoleh 21,172 undi manakala Shahrum dan Yusmi masing-masing memperoleh 14,238 dan 8,422 undi.

Dalam pada itu, bagi kerusi DUN Tanjong Sepat, calon PKR, Borhan Aman Shah berjaya menewaskan calon BN, Datuk Dr. Karim Mansor dan calon Pas, Ir. Mohd. Haslin Hassan dengan majoriti 2,704 undi.

Borhan memperoleh 9,828 undi manakala Dr. Karim dan Mohd. Haslin memperoleh 7,124 dan 4,273 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya P.113 Parlimen Sepang, Datuk Puasa Md. Taib. - UTUSAN ONLINE