Amat jelas Parti PKR dan DAP menunjukkan tentangan secara terang-terangan dan memprotes hukuman yang telah dibuat oleh pihak mahkamah.

Ini adalah sesuatu yang amat membimbangkan rakyat, kerana di bawah pentadbiran Malaysia baharu rakyat dijanjikan bahawa kerajaan akan berpegang kepada prinsip ‘Rule of Law’ dimana kerajaan tidak mencampuri urusan undang-undang.

Tindakan Anwar jelas menunjukkan beliau tidak berpegang kepada tiga daripada lima prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara, kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan. Tindakan ini jelas telah melanggar Perlembagaan Negara.

Dengan ini, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa sebagai pemimpin utama negara dan bakal Perdana Menteri, jangan sesekali menyalahgunakan kuasa sehingga melanggar Perlembagaan Negara berkenaan ‘Separation of Power’ di antara ‘legislative, executive and judicial’. Ini adalah sistem ‘Checks and balances’ yang harus kita pertahan kan demi kedaulatan dan keharmonian negara.

Jika budaya ini dibiarkan ianya akan menyebabkan runtuhnya sistem undang-undang dan kehakiman negara.

Penulis merupakan Naib Presiden Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra)

* Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Utusan Malaysia