Hal ini kerana menurut calon parlimen Batu, Azhar Yahya, pendidikan akademik sedia ada harus diseimbangkan dengan ilmu akhirat yang berlandaskan Islam.

Selain itu, calon parlimen Segambut, Mohd. Solleh Abd. Razak berkata, kadar buta huruf dalam membaca al-Quran semakin meningkat.


Video Oleh LOKMAN HAKIEM ABD. SAMAD

“Sehubungan itu Pas Wilayah Persekutuan berasa bertanggungjawab untuk menyediakan kelas pengajian tersebut secara percuma terutamanya kepada anak-anak daripada keluarga miskin,” katanya.

Mohd. Solleh berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pengisytiharan Calon Pas Wilayah Persekutuan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut turut menyaksikan seramai sembilan calon termasuk seorang wanita daripada pelbagai latar belakang dipertaruhkan PAS Wilayah Persekutuan untuk merebut kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang diadakan pada 9 Mei nanti.

Tujuh calon yang akan bertanding di Parlimen Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur adalah Dr. Rosni Adam bagi Bandar Tun Razak, Mohamad Noor Mohamad (Titiwangsa), Razali Tumirin (Wangsa Maju), Fauzi Abu Bakar (Lembah Pantai), Azhar Yahya (Batu), Mohd. Solleh Ab. Razak (Segambut) dan Ubaid Abd. Akla.

Sementara itu, parlimen Putrajaya diwakili Zainal Kidam dan Ahmad Junid Mohd. Aling bakal membawa cabaran PAS di parlimen Labuan. - UTUSAN ONLINE