SALLEHEN MUKHYI
SALLEHEN MUKHYI

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, pemilihan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bagi jawatan tersebut juga dikhuatiri boleh mencetuskan pelbagai masalah dalam sistem pentadbiran kerajaan.

Menurutnya, kesan negatif sedemikian tidak mustahil berlaku kerana pencalonan Dr. Mahathir itu sendiri menunjukkan gabu­ngan parti-parti pembangkang tersebut tiada idea-idea baharu untuk membawa negara ke tahap lebih baik.

“Pemilihan calon Perdana Menteri dalam Pakatan Harapan itu menunjukkan mereka ketandusan pemimpin dan tidak ada idea-idea baharu. Begitu juga dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri, jika Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menggantikan Mahathir maka kita ada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri daripada suami isteri.

“Dalam politik ini, kadangkala berlaku perkara yang mengejutkan dan membuatkan orang ketawa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Konvensyen Pakatan Harapan menamakan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara manakala Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dipilih sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.