Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, skop kerja itu akan dijadikan rujukan kedua-dua parti tersebut bagi meneruskan agenda yang dirancang antaranya strategi untuk memenangi pilihan raya akan datang.

“Piagam itu cuma skop kerja kita untuk dijadikan sebagai rujukan cara bagaimana mahu meneruskan agenda dan sebab itu saya cakap ia tidak mengikat mana-mana pihak, tidak mengikat UMNO dan tidak juga mengikat Pas.

 

“Sebab itu dalam piagam nanti ada jawatankuasa di peringkat negeri, bahagian serta cawangan dan kerja apa yang perlu mereka buat, ini tak sebut langsung mengenai kerusi atau pembahagian kerusi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pontian di Rumah UMNO Pontian di sini hari ini.


Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (barisan kedua, empat dari kanan) dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad (barisan kedua, lima dari kanan) pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pontian di Rumah Pontian, Pontian, Johor, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir. Hasni Mohammad dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Mohamad berkata, muafakat yang dijalin dua parti itu dinamakan ta’awun iaitu kerjasama politik dan bukan tahaluf sekali gus tidak timbul soal apa yang dilakukan dua parti itu akan merencatkan kesamarataan.


Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (tiga dari kanan) dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad (empat dari kanan) pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pontian di Rumah Pontian, Pontian, Johor, hari ini.

“Kita tidak pernah menyerang mana-mana pihak dan kita juga tidak pernah kata...dulu parti itu bersama-sama dalam Pakatan Harapan, kita tidak cakap apa-apa pun.

“Jadi, mengapa pula UMNO dan Pas nak jalinkan kerjasama politik...eh macam nak runtuh negara, pasal apa? Mesti ada yang tak kena atau ada sesuatu yang mereka bimbang dengan kerjasmaa dua parti itu,” katanya. - UTUSAN ONLINE