Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, banyak isu yang masih belum diselesaikan PH yang menjadi perbualan rakyat pada waktu ini.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Sembrong, isu kos sara hidup, harga sawit masih rendah, getah merudum, ekonomi negara yang masih tak bermaya, kementerian-kementerian yang tidak dapat diselaraskan, masih menjadi isu utama.

“Bagi saya, PH memang tidak senang dengan hubungan kita. Setakat ini, saya berpuas hati hubungan Pas dan UMNO.

“Kita tidak boleh tukar kerajaan kalau kita menang di Semenyih sekali pun. Sekurang-kurangnya kita boleh sampaikan suara. Dapat ketengah perkara-perkara yang cukup membimbangkan pada waktu ini,” katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan ke Pasar Malam Jenaris, Kajang di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi PH,Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, PAS tidak akan menyokong UMNO dalam pilihan PRK DUN Semenyih.

Perdana Menteri berkata, perkara itu diakui Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertemu dengannya di Yayasan Al-Bukhary dekat sini, kelmarin. - UTUSAN ONLINE