Penolong Ketua Pusat Operasi Pakatan Harapan Jelai, Arvind Bharet berkata, tuduhan tersebut bersifat fitnah bagi merosakkan imej PH dalam PIlihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Katanya, PH tidak pernah berniat atau cuba untuk membeli undi mana-mana pihak kerana ia menyalahi undang-undang dan melanggar hak setiap rakyat di negara ini.

“Saya menggesa Lokman lihat dan bertanya kepada diri sendiri mengapa PRK ini diadakan semula.

“Malah Menteri Besar , Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail juga kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Oleh itu, jangan cuba untuk menimbulkan masalah kerana kami memerhatikan anda,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. 

Beliau mengulas dakwaan Lokman terhadap PH kononnya parti itu akan menggunakan taktik kotor dengan membeli kad pengenalan pengundi Orang Asli supaya mereka tidak boleh pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini. - UTUSAN ONLINE