Lebih memburukkan lagi apabila Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang didakwa menolak kepemimpinan beliau melalui perancangan strategi yang kini aktif dilaksanakan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, situasi yang dihadapi parti kerajaan itu kini menyebabkan pakatan tersebut menuju perpecahan sedikit demi sedikit.

“PH bersungguh-sungguh cuba memberitahu rakyat bahawa mereka adalah relevan, namun realitinya berbeza apabila masing-masing memasang strategi untuk menguasai satu sama lain.

“Keadaan ini menyebabkan berlaku fenomena baharu dalam PH iaitu ‘kelemayuh’ politik,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-73 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Tambah beliau, ‘kematian politik’ PH semakin menjadi kenyataan apabila wujud rasa tidak percaya dalam kalangan pemimpin pakatan tersebut.

“Tidak mustahil PH dalam masa terdekat ini akan menamatkan riwayatnya secara senyap,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE