Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya berkata, terserah kepada mahkamah untuk memutuskan berhubung permohonan yang dikemukakan oleh beliau sendiri.

"Kita akan teruskan (petisyen), biarlah mahkamah putuskan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kad Keahlian Bersatu kepada enam bekas Ahli Parlimen UMNO di sini hari ini.

Shabudin merupakan antara enam bekas Ahli Parlimen UMNO yang mengisytiharkan untuk memasuki Bersatu hari ini.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini memerintahkan petisyen pilihan raya untuk mencabar kemenangan BN bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk pendengaran.

Petisyen itu difailkan oleh Marzuki selepas Shabudin menang dengan majoriti 81 undi.

Pada masa sama, Shabudin enggan mengulas mengenai perkara itu. - UTUSAN ONLINE