MOHD. AMAR NIK ABDULLAH
MOHD. AMAR NIK ABDULLAH 

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, perkara itu hanya akan diketahui semasa sesi perbahasan oleh setiap perwakilan yang datang dari seluruh negara.  

“Saya pun tidak tahu apa isu (kerjasama) yang bakal dibincangkan sebab benda ini datang daripada semua perwakilan nanti. Jadi, kita tunggu apa yang akan dibangkitkan.

“Pas juga tidak pernah menyekat sebarang suara daripada mana-mana perwakilan mahupun ahli akar umbi parti itu. Kita tidak ada bagi apa-apa arahan dan perwakilan bebas hendak bercakap segala isu berbangkit,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini. 

Beliau mengulas mengenai Muktamar Tahunan Pas ke-64 pada hujung minggu ini yang bakal mencipta sejarah politik baharu tanah air dengan memperlihatkan hubungan kerjasama di antara Pas dan UMNO. 

Mengulas mengenai kehadiran pemimpin tertinggi UMNO nanti, Mohd, Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, perkara itu adalah kebiasaan pada setiap kali muktamar berlangsung. 

“Dulu pun kita ada jemput ramai pemimpin daripada parti lain seperti Presiden PKR dan Setiausaha Agung DAP, benda biasa sahaja itu,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE