Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pertemuan Najib dan Trump cetus sensasi di media sosial

Najib
Gelagat spontan Donald Trump dan Najib Tun Razak tersenyum dan ketawa gembira ketika memasuki White House.-Foto/Media sosial

KUALA LUMPUR 13 Sept. -Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mencetuskan sensasi di media sosial.

Rata-rata netizen teruja dengan pertemuan kedua-dua pemimpin tersebut yang berlangsung di White House, Washington D.C hari ini (11.45 malam tadi waktu Malaysia).

Gambar pertemuan Najib dan Trump yang tersenyum dan ketawa gembira seperti perjumpaan dua sahabat lama serta dikongsi di media sosial turut mendapat pelbagai komen dan reaksi positif rakyat kedua-dua negara.

Antara lain netizen mahu mendokan agar pertemuan dua pemimpin tersebut memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dari segi peluang pelaburan dan pekerjaan. Mereka turut mendoakan agar segala perancangan Najib di Washington D.C akan membawa kejayaan.

Kedua-dua pemimpin yang mengenakan tali leher berwarna sedondon iaitu warna biru turut menjadi tumpuan. Kebiasaan Trump lebih gemar mengenakan tali leher berwarna merah.

Lawatan Najib di Washington D.C bermula dari 11 hingga 13 September.

Selain mengadakan pertemuan empat mata di Pejabat Oval, kedua-dua pemimpin turut mengetuai mesyuarat delegasi Amerika Syarikat dan Malaysia yang terdiri daripada anggota Kabinet dan pegawai kanan kerajaan kedua-dua negara.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain