Label kontroversi itu dibuatnya ketika menjawab pertanyaan seorang hadirin dalam program Bicara Minda di Kompleks Karangkraf yang meminta Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu menjelaskan sama ada lantikan di Yadim itu bersandarkan agama dahulu atau politik dahulu.

"Itu saya tidak terima (tolak hanya kerana DAP) sebab ini pemikiran dalam kalangan orang melayu yang tak betul," katanya sambil mempertahankan pelantikan Yadim meskipun dikritik banyak pihak sebagai selaras dengan pegangan siyasah syar`iyyah.

Keanggotaan baharu Yadim menyaksikan calon parti Amanah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Nik Omar Nik Abdul Aziz dilantik sebagai Yang Dipertua manakala Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah, Zolkharnain Abidin pula Timbalan Yang Dipertua.

Sepuluh lagi Ahli Lembaga Pemegang Amanah juga terdiri daripada lantikan politik termasuk Ahli Dewan Udangan Negeri Paloh, Sheikh Omar Baghrib Ali yang merupakan ahli DAP. - UTUSAN ONLINE