NAIB Presiden Pas, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar - UTUSAN ONLINE

Naib Presiden Pas, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dalam ketidaktentuan suasana politik negara ketika ini, tidak mustahil PRU-15 akan diadakan lebih awal.

“Kita jangka tempoh masa lima PRU-15 itu tidak akan penuh, jadi persiapan perlu dibuat bermula sekarang dengan mengemas kini gerak kerja jentera parti di semua peringkat.

“Tambahan, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak mesti diadakan pada penghujung 2020 atau maksima pada suku pertama 2021, mengambil kira keadaan ini, gerak kerja seluruh negara harus diperkukuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, bagi menghadapi PRU-15, Pas telah merangka beberapa strategi antaranya memperkasakan organisasi parti melalui transformasi imej politik matang dan sejahtera.

“Pas juga membina kerjasama politik dengan pelbagai pihak yang mana pilihan raya umum akan datang akan membuka ruang kepada jalinan kerjasama yang lebih besar,” katanya. - UTUSAN ONLINE