Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CCC) DAP itu berkata, hal ini kerana perkataan maaf tiada dalam kamus hidupnya.

"Saya harap Zakir masih berada di negara ini ketika kes itu dibicarakan. Saya akan berdepan dengannya di mahkamah.

"Zakir merupakan individu terakhir dalam dunia ini yang akan meminta permohonan maaf terhadap kekecohan yang ditimbulkan di India dan Malaysia," katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya, hari ini.

Semalam, Zakir menuntut permohonan maaf daripada empat individu termasuk Ramasamy melalui notis tuntutan daripada firma guaman Tetuan Akberdin & Co. dihantar kepada semua individu terbabit hari ini.

Tiga lagi individu itu adalah bekas duta Malaysia ke Kanada, Datuk Dennis Ignatus; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M. Satees dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago. - UTUSAN ONLINE