Ketua Penerangannya, Nurul Najihah Yasim berkata, pada masa kini, keadaan amat bercelaru dengan krisis kepemimpinan yang berlaku dalam parti pemerintah.

Beliau berkata, sekiranya keadaan ini berlarutan, rakyat akan menerima kesan yang amat buruk kerana pemimpin negara terpaksa menumpukan soal politik dan bukannya untuk membangunkan negara.

“Puteri UMNO mendesak agar mempercepatkan proses PRU-15 untuk memberi laluan kepada rakyat supaya memilih kerajaan baru kerana khilaf atau salah pilih rakyat telah buktikan kerajaan hari ini tidak.

“Rakyat memerlukan pemimpin atau parti politik yang mampu memacu negara pada hala tuju yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nurul Najihah berkata, perkembangan masa kini membuktikan bahawa pemerintah sama sekali gagal kerana terlalu sibuk bertikam sesama sendir.

“Lihat saja keadaan ekonomi. Rakyat menderita. PH tidak pernah stabil, masalah dalaman mereka semakin buruk dan kini terpalit dengan pelbagai salah laku yang amat menjijikan.

“Maka Puteri UMNO Kelantan mendesak agar PRU-15 dipercepatkan supaya negara akan dapat di perbaiki dan rakyat tidak menderita kesan daripada kerajaan yang gagal mentadbir negara,” katanya. - UTUSAN ONLINE