perdebatan.

Setiausaha DAP negeri Perak, Wong Kah Woh sebaliknya berkata, perbezaan pandangan perlu dibawa berbincang atas semangat kerajaan berhemah dalam konteks kepimpinan Malaysia Baharu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur percaya bahawa prinsip

demokrasi membenarkan mana-mana pihak bebas menyuarakan pandangan

masing-masing dan jika timbul perbezaan pendapat ia hanyalah isu kecil dan tidak akan menggugat kestabilan kerajaan.

"Saya percaya kepimpinan tertinggi dalam PH mempunyai perspektif

tersendiri sebelum membuat sebarang keputusan.

"Dalam kerajaan Malaysia baharu kita menerima perbezaan pendapat sebagai

salah satu buah pandangan daripada pemimpin,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan

di Masjid Jamek Al-Dinniah, Kampung Sri Kinta di sini hari ini.

Kah Woh mengulas berhubung kecaman beberapa pemimpin DAP berikutan

kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang mempertahankan kuota matrikulasi serta mempertikaikan tindakan majikan menetapkan syarat fasih bahasa Mandarin di negara ini.

Antara pemimpin DAP yang mengkritik kenyataan Maszlee termasuk veteran DAP, Datuk Teng Chang Kim dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy. - UTUSAN ONLINE