menghalang mana-mana penceramah bebas termasuk Dr. Zakir Naik untuk menjalankan aktiviti di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah negeri, Asmuni Awi berkata, pihaknya perlu meneliti setiap permohonan program yang diadakan.

Katanya, ini bagi memastikan tujuannya tidak

menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.

“Setakat ini tiada sebarang permohonan untuk

membawa Dr. Zakir ke Perak jadi tidak timbul soal Perak membenarkan atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Parit di sini hari ini yang disempurnakan Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub.

Asmuni yang juga pengerusi Amanah Perak berkata, pihaknya akan hanya menentukan kelulusan kebenaran sekiranya terdapat permohonan penceramah bebas itu di negeri ini.

“Kalau ada kita kena lihat siapa yang memohon dan apa tujuannya. Ia bukan sahaja membabitkan Dr. Zakir, tetapi mana-mana pihak dengan mengambil kira lokasi program sama ada di masjid atau tempat awam,” katanya.

Pada Jumaat lepas, Dr Zakir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dan menggugat ketenteraman awam susulan beberapa kenyataan kontroversi beliau ketika berceramah di Kelantan.

Beliau yang juga pemegang taraf penduduk tetap itu berkata, pengkritik memetik kenyataannya itu di luar konteks dengan tujuan mempolitikkan isu terbabit dan berniat jahat. - UTUSAN ONLINE