Usul tersebut dibentangkan UMNO Bahagian Pasir Gudang dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir di sini sebentar tadi supaya perkara sebenar berkenaan penyatuan dapat dijelaskan dan difahami dengan sebaik-baiknya.

Wakil Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Onn Mahathir Md. Nasir yang membentangkan usul itu memberitahu, antara perkara yang perlu diketahui mereka ialah penyatuan itu tidak sama sekali akan mengenepikan hak dan kepentingan bukan Melayu atau Islam.

“UMNO tidak pernah memusuhi orang Cina mahupun India. Asas negara ini kita bina bersama-sama, yang menjadi musuh kita ialah bangsa DAP. Mereka yang membakar api perpaduan dan keharmonian negara kita.

“Maka sangat penting pada hari ini, penyatuan umah ini perlu diperkukuhkan. Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali. Jangan ada pertandingan kerusi sehingga tiga penjuru (pada pilihan raya umum akan datang),” katanya.

Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian tersebut dirasmikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merangkap Ketua UMMNO bahagian di

Hotel Amansari, Bandar Seri Alam di sini sebentar tadi.

Onn Mahathir yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO bahagian berkata, jika UMNO-Pas berkompromi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dengan tidak menjadikan persaingan tiga penjuru menentang Pakatan Harapan (PH), berkemungkinan besar 26 kerusi Parlimen milik UMNO selamat. - UTUSAN ONLINE