LIPIS 22 Jan. - Seramai 13 daripada 15 pengundi berdaftar bagi pengundian awal di Balai Polis Sungai Koyan mengundi hari ini selepas pusat mengundi berkenaan ditutup pada pukul 2 petang ini.
Difahamkan dua lagi pengundi yang tidak hadir merupakan pesara polis yang menetap di daerah Kuantan dan Bachok Kelantan.
Pengundian awal di Balai Polis Sungai Koyan melibatkan 15 pengundi awal membabitkan 11 anggota yang bertugas di Balai Polis Sungai Koyan, tiga anggota yang sudah pencen dan seorang yang telah bertukar ke tempat lain. - UTUSAN ONLINE