Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UKM berkata, perkara tersebut adalah keputusan penganjur iaitu mahasiswa daripada universiti ini.

“Program ini adalah anjuran pelajar dan mereka yang merancang, mengurus dan menjemput ahli-ahli politik serta penggiat seni. Mereka telah membuat keputusan untuk meneruskan program ini di lokasi lain di luar kampus.

“Sehubungan itu, mahasiswa perlu bertanggungjawab penuh terhadap program yang mereka sendiri rancang, urus dan laksanakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah HEPA, Bahagian Hal Ehwal Pelajar bertanggungjawab untuk memberi pandangan dan nasihat kepada mahasiswa bagi memastikan program yang dilaksanakan berjalan lancar dan selamat.

“Sebagai sebuah universiti kebangsaan, UKM membuka seluas-luasnya ruang untuk pelajar berinterkasi dan berbincang dengan fikiran terbuka,” jelas kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE