Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu kenyataan di WhatsApp berkata, penahanan pelajar yang memprotes kerajaan  oleh pihak polis sebagai tindakan yang tidak boleh diterima .

Beliau menegaskan pihak kerajaan sepatutnya kebal dari sebarang kritikan.

Syed Saddiq mengulas laporan pelajar universiti yang melakukan protes mendesak Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik meletakkan jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah ditahan polis malam tadi. 

"Ini tidak sepatunya berlaku. Ini sesuatu yang tidak boleh diterima. Polis perlu membebaskan mereka dan pastilkan ini tidak berlaku lagi.

"Pelajar ini mempunyai hak untuk memprotes dan meluahkan ketidakpuasan terhadap kerajaan baharu. Kita tidak sepatutnya kebal dari sebarang kritikan," kata Syed Saddiq.

Beberapa orang mahasiswa nekad memasang khemah dalam kawasan Kompleks Kerajaan Parcel E menggesa Dr. Maszlee meletakkan jawatan sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Maszlee menggantikan Tan Sri Rais Yatim sebagai presiden ke-8 UIAM. Kerusi itu kosong sejak tempoh perkhidmatan 5 tahun Rais tamat Jun lalu.-UTUSAN ONLINE