Laporan tersebut dibuat oleh Penolong Setiausahanya, Mohd. Bahrin Abd. Karim di Balai Polis Karamunsing pada pukul 3 petang ini.

Mohd. Bahrin ketika ditemui di pekarangan balai selepas itu berkata, penularan video berkenaan adalah taktir kotor pihak pembangkang dalam usaha memburuk-burukkan kerajaan dan meraih sokongan rakyat.

“Inilah taktik kotor yang digunakan pihak pembangkang dan tentu selepas video itu tular, ‘keyboard warrior’ mereka akan menyebarkan cerita itu.

“Ini merupakan contoh yang sangat baik bagaimana berita palsu digunakan dalam percubaan untuk menipu rakyat yang menyangka semua perkara di dalam video itu termasuk visual, wawancara dan suara adalah daripada sumber boleh dipercayai,” katanya. - UTUSAN ONLINE