Yew Yin menghina anggota tentera.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Ahmad Faisal Mohd. Puait berkata, sehingga kini Mohamad masih senyap menyepi dan mengambil sikap mudah walaupun anggota tentera dikritik.

"Jangan kerana mendapat payung perlindungan dan wang sumbangan dari ahli perniagaan ini, beliau bersikap malu alah sehingga tergadai maruah dan prinsip sebagai pemimpin negara," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurutnya, Pemuda Pas Perak turut mengecam

kenyataan Yew Yin menghina anggota tentera yang secara tidak langsung menghina Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, ini kerana Yang di-Pertuan Agong merupakan pemerintah tertinggi angkatan tentera negara.

Beliau berkata, kenyataan Yew Yin sangat menguji perasaan rakyat Malaysia khususnya kaum bumiputera.

"Penghinaan secara terbuka kepada anggota tentera dengan mengatakan bahawa mereka hanya sekadar makan dan minum semasa negara aman sangat biadab dan kurang ajar.

"Lebih parah, beliau mencadangkan tentera dikerah untuk bekerja di Felda bagi mengantikan pekerja asing," katanya.

Menurutnya, walaupun dikritik, Yew Yin tetap

mendabik dada dengan menyatakan punya hak untuk mengkritik kerana membayar cukai dan penyumbang terbesar kemenangan Pakatan Harapan (PH).

"Adakah dengan syarat ini menghalalkan kritikan? Kenyataan bekas Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Perak ini bahaya untuk keharmonian kaum, adalah jelas beliau api dalam sekam bagi rakyat Malaysia," katanya. - UTUSAN ONLINE