Ketuanya, Howard Lee berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu mengakui kesilapan.

"Saya mengalu-alukan manusia yang ingin menyatakan dan menunjukkan mereka telah bertaubat.

"Saya pun tidak mahu perkara ini dipanjang-panjangkan lagi. Kita serahkan kepada polis dan kerajaan Pusat jika ada ruang untuk perkara ini diselesaikan secepat mungkin," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Mengenai pendirian Zakir yang menegaskan tidak rasis dan kenyataannya telah dipetik di luar konteks sehingga dituduh

menyebabkan masalah kaum di negara ini, Howard berkata, itu adalah tafsiran Zakir sendiri.

Menurutnya, jika mahu dibincangkan mengenai tafsiran, ia tidak akan habis.

"Pendirian saya jelas dan mencerminkan pendirian Perdana Menteri. Biar polis ambil tindakan yang sepatutnya kerana

ramai yang telah membuat laporan polis terhadap Zakir," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Zakir mohon maaf kepada semua pihak yang terguris sambil menjelaskan tiada niat berbuat demikian.

Dalam ceramah di Kelantan baru-baru ini, Zakir dikatakan mencadangkan pihak sebagai 'tetamu baru' diusir patut meminta 'tetamu lama' seperti orang Cina berbuat demikian dahulu.

Selepas kritikan, Zakir berkata kenyataan itu dipetik di luar konteks. - UTUSAN ONLINE