Ketuanya, Hamizan Hassan berkata, pihak pembangkang pernah melakukan perkara sama dalam isu Tabung Haji sehari sebelum tarikh pengundian pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Katanya yang juga calon muka baharu BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kayang, pihaknya sedia maklum strategi digunakan pembangkang dan tidak menolak kemungkinan cara itu digunakan sekali lagi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Pada masa ini, kita telah bersiap sedia menunggu 'bom' (isu) saat-saat akhir yang akan dikeluarkan oleh pembangkang," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Jom Lepak 'Santai TN50' di Tapak Pasar Sehari Behor Lateh, di sini malam tadi.

Seramai kira-kira 150 golongan muda menyertai pelbagai program dianjurkan secara percuma iaitu antaranya buskers, pertandingan kereta mainan Hotwheels, PS4, karom, dart dan karaoke.

Dalam pada itu, Hamizan memberitahu, berdasarkan pertemuan beliau dalam siri jelajah bersama belia termasuk usahawan dan mahasiswa sepanjang kempen lebih seminggu lalu, golongan tersebut diyakini bersama dan menyokong kerajaan BN.

"Sambutan diterima dalam setiap program seperti malam ini dan di Sena sebelum ini, memberangsangkan dengan dihadiri ramai golongan ini," katanya.

Beliau seterusnya membuat kesimpulan bahawa apa yang digembar-gemburkan di media-media sosial selama ini bahawa golongan muda menolak kerajaan BN adalah tidak benar. - UTUSAN ONLINE