Calon BN Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perjuangan yang dibawa oleh wakil rakyat tersebut dalah perjuangan bersama demi memenuhi keperluan dan impian rakyat.

“Pemimpin PBB akar umbi tidak harus gentar sebaliknya melawan mereka yang cuba mencabar dengan menyampaikan hujahan fakta tentang limpahan pembangunan dilaksanakan oleh kerajaan BN selama ini.

“Ini adalah perjuangan bersama kita kerana saya tidak boleh bekerja seorang diri,” katanya ketika mengadakan Tinjauan Mesra ke Ranting-Ranting PBB Zon Punggor, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, semenjak menjadi wakil rakyat di Batang Sadong beliau sentiasa membawa permasalahan rakyat ke peringkat tertinggi dan kementerian yang relevan pada masa itu.

“Hasilnya dapat dilihat rakyat sendiri apabila pelbagai prasarana dan infrastruktur telah dihubungkan ke sini.

“Pembukaan jambatan Batang Sadong telah memberi impak yang cukup besar ke arah meningkatkan taraf hidup rakyat,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE